Pada 24.06.2010 Kunjung Hormat Majlis Tertinggi Cuepacs dengan Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di JPA Putrajaya di adakan sebelum beliau tamat perkhidmatan sebagai KPPA pada hujung bulan Jun 2010. Sempena pertemuan tersebut pihak Cuepacs merakamkan ucapan tahniah sepanjang perkhidmatan beliau hubungan majikan pekerja terjalin dengan harmoni serta berharap penganti beliau dapat meneruskannya.
Ulat tiket serang JPJ
Oleh Muhammad Apendy Issahak
2010/06/19 KUALA LUMPUR: Lima pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdepan detik mencemaskan hampir 10 minit apabila dikepung lebih 100 samseng ulat tiket sejurus penjawat awam terbabit menahan seorang lelaki kerana menjual tiket secara haram di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil di sini, pagi semalam.
DISERANG…lima anggota JPJ terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat. sebelum – selepas
LEPAS…dengan bantuan rakannya (baju hitam) ulat tiket berjaya melarikan diri daripada ditahan.Kelima-lima pegawai terbabit turut diterajang dan dicekik selain dipaksa membebaskan lelaki yang ditahan itu jika tidak mahu dibelasah.
Sebelum itu, semua anggota penguat kuasa berkenaan menyamar penumpang bas ekspres bagi memerangkap ulat tiket yang dilaporkan berleluasa di terminal berkenaan.
Sebaik membeli tiket daripada seorang ulat, anggota terbabit terus menahan dan menggari lelaki terbabit yang juga warga Indonesia untuk siasatan lanjut.
Tindakan itu menyebabkan seorang lelaki dipercayai samseng ulat tiket muncul dan mengarahkan pegawai berkenaan membebaskan rakannya itu.
Menurut seorang daripada pegawai JPJ yang menjadi mangsa belasahan samseng terbabit, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika dia bersama empat rakan setugas menjalankan operasi penyamaran untuk menahan ulat tiket yang berleluasa di terminal berkenaan dan menahan seorang daripada mereka.
“Ketika proses menahan ulat tiket terbabit, dia cuba melarikan diri dan kami menahan serta menggarinya. Dia dibawa ke pondok JPJ yang terletak dalam kawasan terminal itu.
“Dalam perjalanan ke pondok itu, kami didatangi seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang terus mencekak kolar baju seorang anggota kami dan memaksa membebaskan ulat tiket yang ditahan itu,” katanya di sini, semalam.
Pegawai JPJ berkenaan menerangkan kepada lelaki terbabit suspek ditahan kerana menjual tiket bas ekspres secara haram, namun lelaki itu menyuruhnya membebaskan rakannya dan dia tidak peduli sama ada anggota terbabit anggota polis atau JPJ.
Katanya, lelaki terbabit turut berteriak dengan menyatakan pegawai berkenaan perlu melangkah mayatnya terlebih dulu sebelum menahan suspek.
“Kami berkeras tidak mahu membuka gari suspek sebelum dikerumuni lebih 100 ulat tiket dan dalam kekalutan itu, saya diterajang dari belakang.
“Kami semua ditolak dan dipukul dari belakang oleh kumpulan terbabit. Risaukan keselamatan diri dan pihak lain, kami terpaksa membuka gari suspek dan meminta suspek dan lelaki itu mengikut kami ke pondok JPJ.
“Di pondok JPJ, kumpulan ulat terbabit bertindak makin agresif dengan memaki hamun kami sambil menghentak meja serta menendang kerusi,” katanya.
Katanya, ulat tiket yang turut disertai beberapa pekerja kaunter tiket bas di situ menggugut akan mengadakan mogok jika JPJ menangkap ulat tiket di situ.
“Kami tak mampu lakukan apa-apa kerana mereka terlalu ramai dan terpaksa membebaskan ulat tiket yang ditahan itu,” katanya.
Kelima-lima anggota JPJ yang terbabit insiden berkenaan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi di sini, pada kira-kira jam 2 petang.
Susulan laporan itu, polis menahan 10 lelaki dipercayai ulat tiket di terminal sementara itu pada petang sama.
Ketika proses merekodkan butiran mereka dilakukan, tiba-tiba datang seorang lelaki mengarahkan anggota polis terbabit melepaskan semua ulat yang ditahan, namun tindakan itu dipersoalkan anggota berkenaan.
Lelaki terbabit yang berang menolak anggota polis yang menyoalnya itu menyebabkan anggota terbabit cuba menahannya sehingga berlaku pergelutan.
Beberapa anggota polis lain membantu menangkap lelaki itu, namun dia mula bertindak lebih ganas dengan membuka baju dan mencabar untuk bertumbuk dengan anggota polis berkenaan.
Ketika lelaki terbabit cuba menumbuk seorang anggota polis, dia disembur dengan pemedih mata dan akibatnya, dia melarikan diri ke kawasan kaunter tiket yang dipenuhi orang ramai sebelum menghilangkan diri menyebabkan dia gagal diberkas.
Sambungan dari muka 8 Harian Metro
KUALA LUMPUR: “Kami tidak akan berkompromi dengan samseng ulat tiket ini,” tegas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman ketika diminta mengulas mengenai kejadian lima anggotanya dipukul ulat tiket di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, pagi semalam.
Menurutnya, kumpulan ulat terbabit sudah melampau sehingga sanggup mencederakan anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas.
Katanya, kejadian itu tidak boleh dibiarkan begitu saja dan satu langkah segera perlu diambil bagi membendung perkara seperti itu daripada terus berlaku.
“Sudah beberapa kejadian berlaku di mana anggota kami dicederakan oleh ulat tiket yang cuba ditahan dalam operasi membanteras ulat tiket.
“Kami tidak akan kompromi dengan mereka dan akan terus membanteras aktiviti terbabit dengan menggiatkan lagi operasi serta menambah lebih ramai anggota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, pihak pengusaha bas dan pekerja kaunter tiket yang bersekongkol dengan ulat tiket juga akan dikenakan tindakan.
“Perkara ini perlu ditangani bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah terutamanya kepada rakyat yang menggunakan perkhidmatan bas,” katanya
PUTRAJAYA, 24 Mei — Tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).Presidennya Omar Osman berkata kes berkenaan walaupun boleh dianggap terpencil tetapi perlu dipandang serius kerana ia boleh mencemarkan nama semua penjawat awam di negara ini.Menurut beliau, pemalsuan sijil cuti sakit bertentangan dengan etika kerja perkhidmatan awam yang tertakluk kepada kecemerlangan dan integriti dalam menjalankan tugas.“Mereka sepatutnya memberikan sijil cuti sakit yang sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang membolehkan atau melayakkan mereka menikmati kemudahan cuti sakit oleh majikan.“Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dibuang kerja jika didapati bersalah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di sini hari ini.Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan
MELAKA, 15 Mei (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin persefahaman untuk membanters rasuah di kalangan petugas JPJ.
Memorandum persefahaman itu ditandatangani di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di Ayer Keroh oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.
Solah memberitahu pemberita kemudiannya, kerjasama itu akan membolehkan pegawai penguatkuasa JPJ melaporkan kepada SPRM sekiranya terdapat pihak yang cuba memberi rasuah kepada mereka.
“Jika ada orang yang hendak memberi rasuah, anggota penguatkuasa JPJ wajib memberitahu kepada SPRM,” katanya.
Solah berkata pihaknya turut meletak pelekat kenderaan pada semua kenderaan JPJ yang membawa slogan “Berkhidmat, Berintegriti” sebagai hebahan kepada orang ramai bahawa JPJ amat serius untuk meningkatkan integriti jabatan tersebut.
Beliau berkata seramai 10 pegawai JPJ turut dilantik sebagai Pegawai Integriti untuk menggiatkan aktiviti berteraskan integriti di kalangan petugas JPJ.
Sepanjang tahun lepas, hanya lima kes tangkapan oleh SPRM melibatkan petugas JPJ manakala bagi tempoh Januari hingga kini, terdapat dua kes yang sedang disiasat oleh suruhanjaya itu ke atas petugas JPJ, katanya.
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meminta semua majikan agar pentingkan pekerja tempatan dengan memberi keadilan dengan memberi upah yang sewajarnya.
Katanya, majikan sepatutnya mencari jalan untuk tingkatkan produktiviti pekerja tempatan, dan bukannya mencari jalan mudah membawa pekerja asing dengan mengorbankan pekerja tempatan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini pada Sabtu.
Perdana Menteri berkata dengan adanya latihan tersebut, ia bukan sahaja akan meningkatkan lagi kemahiran para pekerja dengan kos yang lebih efektif, malah dengan peningkatan kemahiran, mereka juga mampu menikmati pendapatan yang lebih tinggi.
Perdana Menteri berkata dengan adanya permuafakatan tiga penjuru antara majikan, pekerja dan kerajaan, ini menjadi titik pertemuan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif.
“Kejayaan ini kerana para pekerja tidak melihat semata-mata dari sudut kepentingan para pekerja sahaja tetapi mengambil kira dan sentiasa membuat pertimbangan…apa yang dikehendaki dan dituntut oleh mereka itu adalah dalam konteks munasabah, wajar dan mampu disediakan oleh pihak majikan mahupun kerajaan,” katanya.
Perdana Menteri berkata dengan adanya permuafakatan tiga penjuru antara majikan, pekerja dan kerajaan, ini menjadi titik pertemuan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif.
“Tapi negara kita berkat rancangan dan dasar decisive kerajaan dan permuafakatan para pekerja sama sektor awam dan kerajaan yang faham kedudukan kerajaan…pada tahun sudah walaupun tuntut pelbagai perkara tapi bila kerajaan kata tunggu tahun ini bukan tahunnya (buat tuntutan) mereka faham. Mereka kata tak apalah kita terima,” katanya.
Najib dalam amanatnya turut beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada semua warga pekerja di negara ini di atas sumbangan mereka kepada negara.
Beliau turut berkata tema sambutan Hari Pekerja tahun ini iaitu “Pekerja Berinovasi, Pemacu Transformasi” amat sesuai dengan penekanan yang diberikan kerajaan kepada bidang inovasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Dalam rancangan wadah (dailog) RTM1 pada 05.05.2010 jam 10.00 malam, Presiden KPPJSM Sdr Hamzah Masri membangkitkan kepada Y.B Menteri Sumber Manusia mengenai isu kurang minat sektor Awam dalam melaksanakan Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ,selaras dengan Akta 514 Jadual pertama merangkumi sektor awam. Penjelasan yang diberikan oleh Ketua Pengarah JKKP ada memantaunya.KPPJSM mengharapkan pemantauan yang serius daripada JKKP supaya jabatan mematuhi dan melaksanakan akta tersebut. Satu surat resmi akan dihantar kepada Y.B Menteri.
Presiden KPPJSM Sdr Hamzah Masri memperkatakan sesuatu kepada Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
1 Mei 2010 Biro kebajikan mengadakan lawatan ke JPJ Pahang, dalam pertemuan tersebut ahli membangkitkan isu kebajikan seperti elaun lebih masa, pakaian seragam, peralatan bertugas anggota penguatkuasa dan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan.perkara yang dibangkitkan akan dibawa keperingkat atasan.


















